
Maklumat Tambahan
Diskripsi Lencana
Dicipta oleh En. Halim Bin Hassan

Topi Graduan : Lambang di kemuncak pendidikan

Simbol Buku dan Disket : Sumber maklumat yang mesti dipelajari untuk kecemerlangan hidup

Cakera Padat dan Rupa Bumi : Membawa maklumat yang canggih dan sofistikated yang diterokai.

Tiga gelung : Membawa mesej integrasi yang kukuh antara Melayu, Cina dan India di Malaysia. Juga membawa maksud kerjasama yang erat antara pentadbir, pendidik dan pelajar dalam institusi pendidikan.

Lambang Tangkai Padi : Membawa maksud mental dan fizikal yang mantap di kalangan pelajar.

Perisai : Simbol bagi ketahuan mental dan fizikal yang mantap di kalangan pelajar.

Rupa Kubah : Islam agama rasmi Negara

Simbol Jam : Membawa mesej dan penggunaannya yang sangat penting ke arah kejayaan.
Lagu Sekolah
Dicipta oleh En. Abdul Aziz bin Abdul Rahman
SMK Seri Iskandar
Sekolah yang tercinta,
Namamu megah di persada,
Kami merasa bangga,
Tuntut ilmu misi kami,
Kemahiran diberi,
Kan kami sematkan di hati,
Semoga diberkati,
Kami berikrar,
Kami berjanji,
Bestari, Cemerlang, Gemilang
Kami berharap,
Kami meyakini,
Namamu kan dijulang.